Saturday, 20 February 2016

Sejarah Pendidikan Khas (Umum)

1. Sejarah Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu :

  • Peringkat Pertama ( Awal – 1947): Peranan utama oleh institusi keluarga dan masyarakat iaitu pertubuhan agama, etnik, ibu bapa dan badan sukarela. Pada awal penubuhan memberipenekanan dan tumpuan pada masalah penglihatan. 
  • Sekolah  Rendah Pendidikan Khas yang  paling awal ialah St. Nicholas di Pulau Pinang (1926) dan Princes Elizabeth di Johor Bharu (1949). 
  • Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang pula dibina khusus  untuk masalah pendengaran.  
  • Bourgeault (1970) : Di zaman penjajahan British,  pendidikan khas untuk masalah penglihatan dipelopori oleh  pergerakan sosial  iaitu institusi-institusi bercorak keagamaan.
  • Chua Tee Tee : Pendidikan khas di negara ini bermula apabila Misi Anglican mendirikan rumah dan Sekolah  St. Nicholas bagi OKUP di Melaka pada 1926 yang kemudian dipindahkan ke Pulau Pinang.

  • Peringkat Kedua (1948 – 1980 ): Historical milestone  dengan memperlihatkan peranan dan penglibatan pihak kerajaan membuka dan menubuhkan sekolah pendidikan khas.  
  • Pelbagai langkah diperkenalkan dan diperkemaskan  untuk meningkatkan mutu pendidikan iaitu model penyampaian baru dan komunikasi seluruh diperkenalkan kepada guru-guru pendidikan khas bermasalah pendengaran  dari 1979 -1981 dan 1984-1986.
  • Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu mempertingkatkan kemudahan di semua sekolah khas       mengalami zaman anjakan paradigma, merangka dasar pendidikan nasional yang komprehensif, menyediakan keperluan asas bagi pelajar-pelajar yang istimewa.
  • Latihan guru-guru khas dimulakan pada tahun 1962 dalam bidang pendidikan kanak-kanak       bermasalah penglihatan dan pendengaran pada tahun 1963 di MPIK, Kuala Lumpur.
  • Unit Pendidikan Khas, Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan ditubuhkan bagi menguruskan program pendidikan khas pada tahun 1964.
  • Suatu perakuan kabinet iaitu perakuan 169, 170, 171, 172 dan 173 diterbitkan. Justeru, membantu memaju dan meluaskan skop program dan aktiviti Pendidikan Khas.
  • Dasar mengenai pendidikan khas dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961 iaitu sekolah khas       bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Akta ini memberi kuasa kepada menteri untuk menyediakan kemudahan pendidikan khas, menggubal kurikulum pendidikan yang sesuai dengan jenis murid-murid bagi memperkembangkan pendidikan khas.

  • Peringkat ketiga ( 1981 - sekarang ) : Pihak kerajaan merupakan penggerak utama untuk perkhidmatan kemudahan fizikal, khidmat sokongan, peruntukan kewangan dan  kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas.
  • Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu  pada Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat 1981 menegaskan full participation and justice dan tidak bergantung kepada campassion of charity.
  • Kerajaan Malaysia dengan konsep kerjasama iaitu Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memainkan peranan utama dalam enam aspek :   
  1. mengutamakan pelbagai strategi dan program yang bersifat intervensi awal dan pencegahan       pelbagai kecacatan dari peringkat bayi dan penempatan kanak-kanak dalam program pemulihan dan pendidikan yang bersesuaian.
  2. mewujudkan pelbagai jawatan kuasa antara kementerian bertujuan menyelaras dan memantau   perkembangan pelaksanaan program.
  3. mengutamakan golongan yang tinggal di luar bandar.
  4. mengutamakan pendekatan bersifat local community based daripada the specialized  residential centre.
  5. menggalakkan decentralization bagi pusat, sekolah, kelas khas dan specialized di peringkat       daerah, negeri dan wilayah serta tidak tertumpu di kawasan bandar sahaja. 
  6. mewujudkan kerjasama serantau dan peringkat antarabangsa dengan agensi-agensi kerajaan.

2. Sejarah Perkembangan Program Masalah Pembelajaran di Luar Negara dan dalam Negara:

Sejarah Perkembangan Program Masalah Pembelajaran di Luar Negara
Sejarah perkembangan masalah pembelajaran di luar negara dibahagi mengikut tiga kumpulan masalah pembelajaran yang terbesar iaitu terencat akal, autisme, sindrom down dan masalah tingkah laku dan emosi seperti yang berikut;

Terencat akal - ada 9 peringkat perkembangan sejarah terencat akal iaitu:
  1.  A State of Confusion (Dari awal hingga 1700 M)
  2. The Awakening (Dari 1700 M hingga 1800 M)
  3. Early Optimism (Dari 1800 M hingga 1860 M)
  4. Disillusionment (Dari 1860 M hingga 1890 M)
  5. Sounding the Alarm (Dari 1890 M hingga 1930 M)
  6. On-Hold (Dari 1930 M hingga 1950 M)
  7. A Turning Point (Dari 1950 M hingga 1960 M
  8. Center Stage (Dari 1960 M hingga 1970 M)
  9. From Action to Introspection (Dari 1970 M hingga sekarang).


Autisme - Pada tahun 1919, Eugun Blueler memperkenalkan perkataan “Autism”.
  1. Istilah Autism merujuk kepada “development disorder” atau masalah perkembangan.
  2. Aspeger  telah  membincangkan  tentang  kanak-kanak  yang  luar  biasa daripada  aspek  masalah  sosial,  tidak  mempunyai  pemahaman interpersonal,  menunjukkan  pelbagai  bentuk  perkembangan  kognitif, linguistik dan tidak ambil kisah kepada apa yang dilakukan. 


Sindrom Down
  1. Sejarah  awal  bermula  pada  tahun  1505  apabila  sebuah  lukisan  yang terukir di tempat pemujaan di Achen , Jerman.
  2. Pada tahun 1866 seorang doktor perubatan bernama Dr. John Langdon Down telah menghuraikan ‘ciri-ciri khusus’ sindrom down.
  3. Pada  tahun  1932,  De  Waardenburg  berpendapat  down  syndrome mungkin  disebabkan oleh ketidaknormalan kromosom.
  4. Pada tahun 1959, Dr Jerome Lejuene dan rakan-rakannya di Paris telah menemui bahawa Down Syndrome berlaku kerana kelebihan bilangan kromosom.


Masalah tingkah laku dan emosi
  1. Sejarah bagi masalah tingkah laku dan gangguan emosi bermula pada tahun  1547  di  mana  institusi  pertama  dibuka  untuk  orang  yang mempunyai masalah mental di St. Mary Bethlehem, London.
  2. Pada tahun 1792, Philippe Pinel, seorang ahli psikiatri dari Perancis  telah mengarahkan  supaya  orang  ramai  lebih  berperikemanusiaan  kepada golongan ini di Salpetriete, Paris iaitu tempat orang kurang siuman.
  3. Dalam tahun 1745-1813, Benjamin Rush yang dianggap sebagai  “Father of  American  Psychiatrist”  mencadangkan  lebih  kepada  kaedah   kasih sayang untuk kanak-kanak ini. 


Sejarah  Perkembangan  Program  Masalah  Pembelajaran  di  Dalam Negara.  
Pendidikan  Khas  Bermasalah  Pembelajaran  diwujudkan  berdasarkan  kepada keputusan   perbincangan  Jawatankuasa  Advokasi  Persatuan  Kanak-kanak Terencat Akal Selangor dan Wilayah Persekutuan pada 3 Oktober 1987. Berikut adalah rentetan perkembangan program masalah pembelajaran di Malaysia

Tahun Peristiwa

  1. 1988 -  Jabatan  Pendidikan  Wilayah  Persekutuan  mula menubuhkan  Kelas  Khas  Bermasalah  Pembelajaran (KKBP)  yang  pertama  di  SRK  (L)  Jalan  Batu  1,  Kuala Lumpur (dua kelas dengan 20 orang murid dan tiga orang guru terlatih).
  2. -  Jabatan Pendidikan Selangor membuka dua kelas di SRK Jalan Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam, Selangor. 
  3. 1990 -   Ujian Percubaan Alat Penilaian Kelas Khas Bermasalah  Pembelajaran (KKBP) yang melibatkan dua ratus orang murid dari kelas-kelas percantuman telah diuji.
  4. - Mesyuarat   menganalisis  data  dari  ujian  percubaan  di Universiti Malaya.
  5. 1991 - Kursus Satu Tahun Bermasalah Pembelajaran bermula di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur.
  6. 1992 -  Pembukaan  program  Pendidikan  Khas  Bermasalah Pembelajaran  (KKBP)  di  seluruh  negara  secara berperingkat.
  7. 1993 - Program Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia.  Program ini merupakan program gabungan prinsip Pendidikan Am dan prinsip Pendidikan Khas.
  8. 1995 -  Pendidikan Inklusif bermula.
  9. 1996 -  Pembukaan  program  Pendidikan  Khas  Bermasalah Pembelajaran Printis peringkat sekolah menengah di SMK Yaacub Latiff, Jalan Peel dan SMK Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur
  10. 2006 -  Statistik Jabatan Pendidikan Khas (2006) menunjukkan pertambahan  ketara  bilangan  program  masalah pembelajaran di sekolah rendah iaitu sebanyak 473 buah pada  tahun  2003  kepada  656  buah  pada  tahun  2006. Manakala  bilangan  program  di  sekolah  menengah sebanyak 187 buah pada tahun 2003 kepada 320 buah pada tahun 2006.


3. Sejarah Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia Mengikut Kategori:

     a) Program Pendidikan Khas Bermasalah Penglihatan
  •  1926 : SRPK St Nicholas oleh Gereja Anglican di Melaka kemudian 1931 pindah ke Pulau Pinang.
  • 1948 : SRPK Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru dan Institut Berasrama Pusat Latihan Gurney.
  • Pembukaan Institut Taman Harapan
  • Rancangan percantuman bagi pendidikan kanak-kanak cacat penglihatan di SR dan SM.
  • 1977 : Permulaan latihan perguruan khas di MPIK
  • 1978 : Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu.
  • 1983 : Pengambilalihan SRPK oleh Kementerian Pendidikan
  • 1984 : Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille Al-Quran, bahan-bahan dalam braille seperti buku teks dan penyelenggaraan alatan braille.


     b) Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran
  • 1954 : Pembukaan kelas pendidikan khas di Jalan Northam Pulau Pinang.
  • 1963 : Pembukaan kelas-kelas Pendidikan Khas Rancangan Percantuman Cacat Pendengaran SR dan SM. Latihan perguruan pendidikan khas cacat pendengaran di MPIK.
  • 1978 : Pengenalan kaedah komunikasi seluruh oleh KPM untuk menggubal sistem bahasa Melayu kod tangan.
  • 1987 : Pembukaan SMPK Vokasional Shah Alam.


     c) Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
  • 1988 : KPM memulakan kelas perintis untuk murid-murid peringkat rendah masalah pembelajaran.



     d) Program Pendidikan Khas Terencat akal
  • 1955 : Pembukaan Rumah Jubilee Johor Bahru oleh Kementerian Kebajikan Am.
  • 1964 : Penubuhan Persatuan Terencat Akal  Selangor.
  • 1966 -1988 : Penubuhan sekolah-sekolah terencat akal di Ipoh, Pulau Pinang, Johor Bahru, Seremban, Kuala Terengganu, Kuala Kubu Baru dan Tanjung Aru.


     e) Program Pendidikan Khas Percantuman/Inklusif
  • 1962 : program percantuman dan inklusif bagi murid-murid cacat penglihatan
  • 1988 : kelas perintis untuk murid-murid bermasalah pembelajaran.
  • 1993 : 3 pelajar di Tingkatan 6 Bawah SM Methodist (L) Kuala Lumpur.
  • 1994 : program rintis di 14 buah sekolah seluruh negara.
  • 1995 : Program Bermasalah pembelajaran peringkat menengah dimulakan.



4. Perkembangan Pendidikan Khas di United Kingdom :
  • Di United Kingdom pada abad ke-19, Cik Bennett membuka sekolah pendidikan khas di pondok iaitu  Battersea Park, London untuk kanak-kanak TB. 
  • Bilangan kes mahkamah yang bertambah dalam pendidikan khas telah menyumbang kepada perkembangan undang-undang pendidikan khas di United Kingdom.
  • Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain. Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain.
Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integerasi’ atau ‘inklusif’ diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. 
  • Sejak implementasi Akta Pendidikan (Education Act) 1981 sehingga Akta Special Educational Needs and Disability Act (SENDA)2001, bertujuan untuk memajukan sistem pendidikan khas.
  • Akta  DDA (Disability Discrimination Act )1995 melarang pihak tertentu melakukan diskriminasi terhadap OKU dalam bidang pendidikan, pekerjaan, penyediaan kemudahan dan perkhidmatan.

5. SENDA 2001 memberi tumpuan pada :
  1. memperkukuhkan hak kanak-kanak berkeperluan khas untuk dididik di sekolah.
  2. memerlukan LEA ( Local Educatioan Authorities) menyediakan nasihat dan maklumat    serta cara menyelesaikan pertelingkahan kepada ibu bapa berkenaan.
  3. memerlukan LEA mematuhi tempoh masa yang diarahkan oleh Tribunal Pendidikan Keperluan Khas. 
  4. memerlukan pihak sekolah memaklumkan ibu bapa tentang pendidikan khas dan penilaianstatutori mengenai keperluan pendidikan khas pelajar.

6. Perkembangan Pendidikan Khas di Amerika Syarikat :
  • Pada abad ke-18 dan abad ke-19, kanak-kanak cacat diasuh dan dididik oleh institusi khas serta diasingkan daripada masyarakat.
  • Idea Johnn Wilhelm Klein 1810, bahawa kanak-kanak cacat perlu diberi perhatian khusus iaitu kanak-kanak cacat sepatutnya belajar bersama-sama dengan kanak-kanak normal dan tidak     diasingkan. Namun tidak mendapat sambutan. Walau bagaimanapun selepas 90 tahun, idea tersebut dihidupkan semula.
  • Pada 1900, kebanyakan sekolah awam di Amerika Syarikat telah menubuhkan kelas khas bagi mereka yang buta, pekak, terencat akal, cacat anggota dan masalah dalam pertuturan.
  • Pada tahun 1963,Presiden John F. Kennedy meluluskan kertas Perundangan Public Law 94 - 142 yang menghuraikan takrifan serta perkhidmatan untuk kanak-kanak cacat.
  • National Education Association (NEA) telah meluluskan resolusi pendidikan untuk kanak-kanak cacat.
  • Menurut psycology wikia pada tahun 1950-an dan 1960-an, Persatuan Keluarga dan Advokasi telah ditubuhkan untuk membela nasib kanak-kanak kurang upaya. Kerajaan persekutuan telah memperuntukkan dana dan undang-undang yang menyokong, membangun dan melaksanakan program-program serta perkhidmatan untuk mereka.
  • Bahagian 504 daripada undang-undang Rehabilitasi tahun 1973 telah menjanjikan hak-hak sivil untuk orang kurang upaya menerima bantuan kewangan.
  • Pada 29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika Syarikat meluluskan Public Law 94-142 yang dahulunya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped Children Act). Undang-undang awam (PL 94-142) ini memberi hak istimewa kepada kanak-kanak kurang upaya menerima pendidikan secara percuma.
  • Civil Right Act of 1964 perlindungan dan menentang diskirminasi kepada orang cacat. 1990, skop pendidikan khas diperluaskan kepada kategori autism dan kecederaan otak (traumatik) dan pada tahun 1997 diperluaskan pada kanak-kanak hyperaktif (ADHD)
  • Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggil Akta Pendidikan Individu Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Education Act, Public Law  94-476) atau lebih dikenali dengan singkatan IDEA. 
  • 2004, akta Disabilities Education Act memperuntukkan bahawa kanak-kanak kurang upaya yang melibatkan diri dalam kegiatan senajata api, dadah atau kekerasan boleh ditempatkan dalam tatacara pendidikan alternatif sementara. 
Peruntukan dalam IDEA menerangkan hak orang kurang upaya untuk dilindungi daripada aspek:
  1. Penyediaan pendidikan percuma bercorak awam dan sesuai dengan keperluan kanak-kanak khas
  2. Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang tidak menghalangkan mereka untuk berkembang
  3. Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan
  4. Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan pendidikan setiap murid. konsep ‘kolaboratif’ iaitu satu konsep yang mana pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang pendidikan murid-murid khas.
  5. Penyediaan rancangan pendidikan individu (RPI) bagi setiap murid khas, iaitu guru pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. 

7. Perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia :
  • Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya”.
  • Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.
  • Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat adalah:
  1. Kementerian Pendidikan – bertanggungjawab memberikan pendidikan khas untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.
  2. Kementerian Kesihatan – bertanggungjawab mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.
  3. Jabatan Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) bertanggungjawab mewujudkan pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. 
  • Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan pelaksanaan pendidikan khas melalui dua  perubahan yang ditekankan. Dua  perubahan yang ditekankan dalam akta Kanak-kanak 1989:
  1. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu, diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
  2. Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama. Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika.
  • Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat.
  • Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. (41.1). Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:

  1. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;
  2. Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
  3. Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
  4. Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suai manfaat.

8. Tarikh-tarikh penting dalam perkembangan pendidikan Khas di Malaysia:

  • 1926 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas di Melaka
  • 1931 Sekolah Rendah Buta Kebangsaan St. Nicholas berpindah ke Pulau Pinang
  • 1948 Pembukaan Sekolah Rendah Buta Kebangsaan Princess Elizabeth dengan kemudahan asrama oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di Johor Bahru
  • 1953 Pembukaan Institut Taman Harapan, Pusat Pertanian Temerloh (JKM)
  • 1954 Pembukaan Sekolah Kanak-kanak Pekak Persekutuan (Rendah dan Menengah) di Pulau Pinang
  • 1958 Pembukaan Institut Taman Cahaya, Pusat Pertanian Sandakan (JKM)
  • 1962 Rancangan Percantuman bagi Pendidikan Kanak-kanak Bermasalah Penglihatan dengan pelajar biasa di sekolah rendah dan menengah 
  • 1963 Permulaan Latihan Perguruan Pendidikan Khas Masalah Pendengaran di Maktab Perguruan Ilmu Khas
  • 1977 Penubuhan Jawatankuasa Utama Pembentukan kod Braille Bahasa Melayu
  • 1978 Pembukaan Sekolah Menengah Berasrama kurang berupaya penglihatan,Setapak. Pengenalan kaedah komunikasi dan penggubalan Sistem Kod Tangan Bahasa Melayu Kelas pemulihan untuk pelajar yang lembam atau lemah dalam pelajaran
  • 1979 Penubuhan Jawatankuasa Kebangsaan Kurikulum Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, Kementerian Pendidikan
  • 1983 Penubuhan Jawatankuasa Kod Braille al-Quran
  • 1984 Penubuhan Unit Penerbitan dan Percetakan Bahan-bahan Braille, Kementerian Pendidikan
  • 1987 Pembukaan Sekolah Menengah Buta Pendidikan Khas Vokasional, Shah Alam
  • 1988 Permulaan kelas perintis untuk pelajar Bermasalah Pembelajaran
  • 1994 Pembukaan kelas-kelas program inklusif di 14 sekolah
  • 1995 Program  Masalah Pembelajaran peringkat menengah dimulaka
  • 1998: Jab. Pendidikan Khas diberi tanggungjawab mengendalikan Program Pendidikan Pemulihan Khas bagi kanak-kanak lembam (slow learner).  





No comments:

Post a Comment