Sejarah
Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public
Law 1975 diperkenalkan. Public Law
92-142 (USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa
gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka.
Undang-undang ini merupakan yang paling mempengaruhi bidang pendidikan
khas. Akta ini juga mempunyai kesan yang
mendalam dalam amalan penaksiran.
Undang-undang ini telah menekankan 6 prinsip iaitu penyisihan sifar,
penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan individu, pesekitaran tidak
terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa Manakala di Britain Warnork Report 1978
merancakkan perkembangan pendidikan khas di luar negara. Kedua-dua negara tersebut telah mendahului lebih
kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari segi
pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas.
Sebelum
laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanakkanak
berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanakkanak
berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka
daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa.
Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak
berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’
atau ‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak
berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul
dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan hingga ke hari
ini. Dasar ini juga dijadikan panduan
kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas.
Public
Law 94-142 (di Amerika Syarikat)
(PL 94-142) telah
diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika
Syarikat. Sebelum ini ianya dikenali sebagai
Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All Handicapped
Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada pandangan
yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka diasingkan
daripada kanak-kanak yang
sebaya dengannya kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi
boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk
membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom
& McEvoy 1988).
Mandat-mandat Asas PL94-142
Mandat-mandat asas
PL94-142 telah diberi
penekanan pada tahun
1990, apabila Akta Pendidikan Individu
Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public Law
94-476) atau singkatannya
IDEA diperkenalkan. Mandat-mandat tersebut telah
memberi penekanan terhadap:
- pendidikan untuk semua,
- persekitaran yang paling tidak mengehadkan (least restrictive environment),
- pentaksiran yang tidak mendiskriminasi,
- penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan,
- hak ibu bapa yang membantah (due process) dan
- pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).
Pendidikan
untuk semua
Pendidikan untuk semua
adalah bermaksud setiap
individu berhak untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira
masalah yang mereka hadapi. Oleh itu, kanak-kanak berkeperluan
khas juga tidak
terkecuali dan mereka
layak disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang
sesuai di dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan
sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan
cukai yang diperolehi kerajaan. Setiap
negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk menyediakan pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak
berusia 3 hingga 18 tahun. Apabila
peruntukan PL 99-457
diperkenalkan iaitu khusus
untuk individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan
kanak-kanak (Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui
pendidikan untuk semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan 'child find system' sebagai prosedur untuk menyedarkan masyarakat
bahawa perkhidmatan untuk kanakkanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat
dikesan daripada peringkat awal lagi.
Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment )
Persekitaran yang paling tidak mengehadkan ( least restrictive environment ) bermaksud tidak ada pengasingan sekolah atau kelas dalam melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga di dalam kelas kanak-kanak biasa. Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama-sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai 'pendidikan inklusif Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif. Menurut Jamila (2006), falsafah pendidikan uinkulusif diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa. Persoalan tentang program inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan dengan bagaimana kanak-kanak khas dapat diberi pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua.
Pentaksiran
yang tidak mendiskriminasi
Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen
bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan. Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam
pelbagai cara. Namun dengan
terlaksananya undang-undang ini,
penilaian ke atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira
ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas dan
hendaklah disesuaikan dengan
kecacatan atau kekurangan
mereka. (Yusuf,etal, 2006). Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak
khas ini, pihak sekolah harus menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui
penglibatan Multidisciplinary Team (MDT)
yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan
pihakpihak lain untuk
memastikan bahawa kanak-kanak tersebut memerlukan penempatan di
kelas khas tersebut. Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak tersebut tersebut
akan dinilai dan satu
perancangan pengajaran dan bentuk penilaian yang bersesuaian akan
dilakukan oleh MDT tersebut. (Yell,M.L
2006).
Penilaian
dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda
kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-kanak tersebut,
lebih daripada satu
penilaian dilakukan untuk
sesuatu ketidakupayaan dan dilakukan
secara menyeluruh dalam
katogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)
Penyediaan
khidmat sokongan yang berkaitan
Ibu
bapa adalah merupakan khidmat sokongan
yang terpenting bagi kanakkanak khas.
Mereka memainkan peranan
penting dalam merancang
dan menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan
ini adalah bertujuan agar
ibu bapa dapat
bersama-sama mengetahui setiap maklumat dan
membolehkan mereka membuat
keputsan bersama tentang penilaian dan
perancangan yang akan dilakukan oleh
guru terhadap anak mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai
seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142
ini.
Hak
ibu bapa yang membantah (due process)
Hubungan
yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan
membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai keyidakupayaan seseorang
individu adah sulit.
Maklumat ini tidak akan dikongsi dengan orang yang tidak berkaitan dalam bidang ini. Rekod tentang individu yang melihat maklumat
ini haruslah disimpan. Namun , ibu bapa mempunyai hak
untuk melihat semua
maklumat berkenaan dan
boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak
dikehendaki, perlulah dimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri
perjumpaan yang melibatkan anak mereka.
Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah
dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang terutama
bagaimana mereka boleh
terlibat sama dalam mengendalikan anak-anak mereka di
sekolah (Friend,M 2006).
Pendidikan
yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)
Kanak-kanak
khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut
perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai oleh
kanak-kanak tersebut. (Kauffman
dan Hallahan, 2005). Oleh itu,sejarah dan perkembangan
Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula di Amerika
Syarikat apabila PL
94-142 digubal menjadi
satu akta yang dikuatkuasa dari
segi perundangan. Seterusnya
RPI menjadi panduan
di beberapa buah negara
termasuk di negara
kita dan dijadikan
sebahagian daripada cara untuk
menilai murid-murid berkeperluan
khas.
Dalam
melaksanakan program RPI
yang disediakan untuk
murid-murid khas, maka seharusnya ia mesti mempunyai
sekurang-kurangnya lapan komponen seperti yang tercatat di dalam PL 94-142
(Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut:
- Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini.
- Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.
- Objektif jangka pendek dinyatakan dalam bentuk pembelajaran mengikut langkah-langkah berurutan hingga membawa kepada penguasaan matlamat tahunan.
- Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid.
- Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk murid.
- Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.
- Ketetapan tarikh memulakan perkhidmatan dan jangka masa perkhidmatan.
Kriteria penilaian
objektif yang bersesuaian,
prosedur penilaian, dan
jadual menentukan pencapaian dan
penguasaan objektif jangka
pendek diadakan sekurang-kurangnya setahun
sekali.RPI yang diperkenalkan
ini dapat dimanfaatkan bersama di
kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan bukan sahaja untuk murid-murid
yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga untuk murid-murid normal yang
disyaki mempunyai keperluan khas dan belum dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj,
1995).
Rangka
Tindakan Samalanca
Negara-negara
di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan Khas yang bertitik
tolak daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di peringkat antarabangsa. Di
antara deklarasi yang
menjadi dasar kepada pendidikan khas di Malaysia adalah The Framework for Action on Special Needs
Education (Salamanca Statement) 1994. Rangka Tindakan Salamanca yang
diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuan kepada dasar, polisi dan amalan
pendidikan untuk kanak-kanak dan orang
berkeperluan khas .
Rangka Tindakan Salamanca
ini memperakukan tentang hak dan
peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai
peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh
kerana kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai kebolehan,
minat,kemampuan dan keperluan
pembelajaran, satu sistem
pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan individu
kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersesuaian
dengan perbezaan minat individu.
Selain itu,
program pendidikan untuk
murid berkeperluan khas
perlu diimplementasi supaya sesuai
dengan sistem pendidikan
negara. Rangka Tindakan Salamanca
juga memperakukan bahawa
kanak-kanak khas mempunyai hak
untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan inklusif. Negaranegara yang bersidang di Salamanca
disarankan supaya memberi keutamaan terhadap
polisi dan peruntukan
kewangan agar sistem
pendidikan dapat diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak
berkeperluan khas diserapkan dalam sistem
pendidikan tanpa mengira
perbezaan individu dan
masalah ketidakupayaan mereka.
Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewujud dan mengukuhkan
mekanisme merancang, memantau dan menilai pendidikan yang disediakan
untuk kanak-kanak khas.
Ekoran daripada persidangan
ini, kementerian Pelajaran Malaysia
telah mengabil inisiatif
memperkenalkan pendidikan inklusif di Malaysia pada tahun 1995 walaupun
amalan inklusif telah lama
dilaksanakan di Malaysia
melalui rancangan pendidikan
integrasi atau percantuman
((Norshidah,etal 2009)
Hebat...perkongsian yg sangat bermanfaat.
ReplyDeletePohon share yer...
Mantapan..
ReplyDelete