Saturday, 20 February 2016

Daftar Istilah Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

  • Dalam Bahasa Ingerís istilah ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ dinamakan ‘children with exceptional needs’ atau secara ringkas ‘exceptional children’.
  • Orang Kurang Upaya. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan memberi kesan ke atas mereka apabila berada dalam masyarakat”.
  • Kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan orang kurang  upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada dari segi fizikal, atau mental, dan berlaku sama ada sejak dilahirkan, ataupun sesudah itu.
  • Kanak-kanak luar biasa (exceptional   children) - Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa. 
  • Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities) - Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan.   Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa. 
  • Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children) - Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran. 
  • Kanak-kanak berisiko (at risk children) - Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.     

  • Pelbagai istilah telah digunakan untuk merujuk kepada ‘kanak-kanak berkeperluan khas’:
  1. kanak-kanak istimewa (special children),
  2. kanak-kanak luar biasa,(exceptional children)
  3. kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities)
  4. kanak-kanak cacat (handicapped children),
  5. kanak-kanak abnormal (abnormal children),
  6. kanak-kanak bermasalah (children with impairments) dan
  7. kanak-kanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan (retarted children)

No comments:

Post a Comment