Saturday, 20 February 2016

Pengenalan Pendidikan Khas

Definisi Pendidikan Khas
"Satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas"   Hallahan dan Kauffman(2006)

"Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang direka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan, peralatan dan kaedah pengajaran khusus"  Gargiulo(2003)

"Pendidikan khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mun gkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institusi lain"  Friend (2005)

"Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan mampu menguruskan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara"  Mansor (2005)

Konsep Pendidikan Khas
"...Pengajaran yang bercorak individu yang direka untuk memenuhi keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan khas menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak dapat disediakan dalam kurikulum yang standardize atau biasa." (Culcatta, R.A., &  Tompkins J.R. Fundamentals of Special Education, 1999) 




Falsafah Pendidikan Khas Malaysia 
Satu usaha berterusan untuk melahirkan imsan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras denga Falsafah Pendidikan Negara."

Misi Pendidikan Khas menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari, berjaya dalam hidup dan memberikan sumbangan bakti kepada masysrakat dan negara.


Visi Pendidikan Khas menyediakan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelajar dengan keperluan khas kearah kecemarlangan hidup sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara

Tiga prinsip dalam pendidikan khas;
a) Pendidikan menyeluruh dan bersepadu: Fokus meliputi aspek jasmani, rohani, intelek dan sosial. (Penglibatan kumpulan pelbagai disiplin secara kolaboratif dan bersepadu )
b) Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna: Merangsang dan mengekalkan minat murid berkeperluan khas untuk belajar. Suasana pembelajaran yang kondusif agar murid menguasai pengetahuan dan kemahiran.
c) Pendidikan sepanjang hayat: Pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

Objektif Pendidikan Khas;
• Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk murid-murid dengan keperluan khas.
• Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap murid dengan keperluan khas.
• Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid dengan keperluan khas.
•   Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
•  Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.


Ciri-ciri 'Khas' Pendidikan Khas 
1. Guru-guru terlatih khas.
2. Pendekatan pelbagai disiplin.
3. Program pendidikan yang diindividukan (Individualized Education Programme).
4. Kurikulum yang khas.
5. Objektif pengajaran yang nyata, bermakna, khusus dan bersifat jangka pendek. 
6. Penglibatan pelajar secara aktif dalam pembelajaran.
7. Penilaian kemajuan yang kerap dan berterusan, dan rekod penilaian yang sesuai.
8. Kaedah pengajaran yang khas.
9. Kaunseling ibu bapa. 



No comments:

Post a Comment