Sunday, 28 February 2016

Keperluan-keperluan kanak-kanak berkeperluan khas

Assalamualaikum dan selamat sejahtera pelajar-pelajar KAC 3013

Hari ini kita akan memahami beberapa istilah penting yang diguna pakai dalam pendidikan khas iaitu:
  1. SEN
  2. SENCO
  3. SEND Code of Practice
Apakah maksud bagi setiap istilah di atas?

Di Barat:
  1. SEN bermaksud 'Special Educational Needs' - A child or young person has special educational needs (SEN) if he or she has learning difficulties or disabilities that make it harder for him or her to learn than most other children and young people of about the same age. 
  2. SENCO bermaksud 'Special Educational Needs Co-ordinator' iaitu  A SENCO is responsible for the day-to-day operation of the school's SEN policy. All mainstream schools must appoint a teacher to be their SENCO.
  3. SEND Code of Practice bermaksud 'Code of Practice for Special Educational Need' merujuk kepada 

Monday, 22 February 2016

Perlaksanaan Pendidikan Khas di Malaysia

Sebelum 1995, pendidikan khas dikendalikan oleh Unit Pendidikan Khas yang diletakkan di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang dikatakan kurang berkesan dalam mengendalikan pendidikan khas negara.  Unit ini dianggotai oleh hanya empat orang pegawai yang diketuai oleh seorang Ketua Penolong Pengarah.  Apabila berlaku penstrukturan semula pada 1 Oktober tahun 1995, Unit Pendidikan Khas dinaik taraf kepada Jabatan Pendidikan Khas yang statusnya sama status jabatan-jabatan lain.  Hal ini membolehkan Jabatan ini menjalankan tanggung jawabnya sendiri seperti yang dikehendaki oleh negara dan tuntutan masyarakat. 

Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia (Jabatan Pendidikan Khas) telah ditubuhkan pada 1 oktober 1995 bertanggungjawab untuk: 
  • merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah, 
  • merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi (percantuman), 
  • merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantu dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas 
  • merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas, 
  • menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas, 
  • menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan  
  • menyelaras program pendidikan pemulihan khas.   
Objektif menaik taraf Jabatan Pendidikan Khas ialah untuk:
  •  Menyediakan peluang dan kemudahan pendidikan khas untuk pelajar dengan keperluan Khas.
  •  Menyediakan pendidikan yang sesuai dan relevan kepada setiap pelajar dengan keperluan khas.
  •  Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi pelajar dengan keperluan khas.
  •  Menyediakan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang mencukupi dan terkini.
  •  Memastikan tenaga pengajar yang mencukupi dan terlatih dalam bidang pendidikan khas.
Sistem pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah tidak sama dengan sistem pendidikan di sekolah biasa terutama dalam perkara-perkada berikut;
1.     Penyampaian
Kaedah tertentu digunakan dalam penyampaian pembelajaran mereka. Contohnya penggunaan bahasa isyarat.
2.     Kaedah pengajaran dan pembelajaran
Dalam mengajar kanak-kanak ini, strlhhvgb lngajaran yang khusus yang sesuai dengan jenis ketidakupayaan murid tersebut.
3.      Peralatan
Penggunaan beberapa baran dan alat khas yang membantu proses pendidikan seperti alat bantuan pendengaran bagi kanak-kanak pekak dan mesin brailler bagimereka yang buta.
4.     Bilangan pelajar dalam kelas
Selain daripada itu, bilangan pelajar dalam kelas pendidikan khas di malaysia ialah 5-10 orang murid dan RPI dilaksanakan dengan nisbah guru-murid 1:1 mengikut keperluan kanak-kanak.
5.      Guru pendidikan khas terlatih
Guru-guru di sekolah ini adalah dilatih khas untuk mengajar kanak-kanak berkeperluan khas seperti masalah pembelajaran, masalah penglihatan dan masalah pendengaran. 
6.      Pengubahsuaian kurikulum
Kandungan kurikulum diubahsuai dengan mengambil kira jenis keupayaan murid.
7.      Aktiviti kokurikulum
Aktiviti yang dijalankan adalah diubahsuai dengan jenis dan kerperluan  murid berkeperluan khas tersebut.



Jenis Program Pendidikan Khas:
1. Khidmat Yang Disediakan Oleh Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat kini JKM (Maklumat Pendidikan Khas 2007) untuk kanak-kanak:
  • Cacat fizikal yang teruk 
  • Rencatan akal sederhana dan teruk 
  • Pelbagai kecacatan dan 
  • Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolahsekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 
2. Khidmat yang disediakan di bawah pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk kanak-kanak:
  • Sindrom Down 
  • Autisme ringan 
  • Attention Deficit Hyperaktif Disorder 
  • Terencat akal minimum 
  • Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)  
Program Pendidikan Khas KPM dikendalikan oleh:
  1. J.P. Khas (JPK) - Prasekolah Khas, SPK rendah dan SPK Menengah
  2. J.P. Negeri (JPN) - Program Pendidikan Khas Integrasi
  3.  J.P. Teknikal (JPT) - peringkat Pasca Menengah      

Program Khas KPM Menurut AKTA PENDIDIKAN 1996 
Program Khas mempunyai 3 jenis program iaitu:   
  1. Sekolah Pendidikan Khas (SPK) - Satu program yang disediakan di sekolah khas(menurut Akta Pendidikan 1961 - Sekolah Khas ialah sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk murid-murid yang kurang upaya.) bagi murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran. 
  2. Program Pendidikan Khas Integrasi - Program Percantuman/Integrasi di sekolah biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan atau kecacatan pendengaran atau masalah pembelajaran; dan  
  3. Program Inklusif  - Program Pendidikan Inklusif bagi murid-murid yang berkeperluan khas yang boleh menghadiri kelas biasa bersama-sama murid biasa.  

1. Sekolah Pendidikan Khas (SPK)
Sekolah-sekolah ini ditadbir terus oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
a. Prasekolah Sekolah Pendidikan Khas 

Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:  
  • berumur tidak kurang dari lima (5) tahun  
  • disahkan oleh pengamal perubatan, pegawai dari kementerian pendidikan dan pegawai dari JKM sebagai berupaya mengkuti program pendidikan kebangsaan.        
  • boleh  dididik dan mengurus diri tanpa bantuan orang lain. 
b. Pendidikan Rendah Khas 
Syarat kemasukan murid ke Program PendidikanKhas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah: § 
  • berumur 6+ hingga 14+ tahun 
  • Tempoh minimum belajar: 6 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum) 
  • disahkan oleh pengamal perubatan, dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. 
  • Semua sekolah rendah pendidikan khas (masalah penglihatan & pendengaran) mengikuti aliran akademik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Mereka akan menduduki UPSR semasa Tahun Enam. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma, dan bantuan kewangan RM50 sebulan (bagi mereka yang berdaftar sebagai OKU).  
  • Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif   
c. Pendidikan Menengah Khas
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat Menengah ialah: 
  • berumur 13+ hingga 19+ tahun 
  • Tempoh minimum belajar: 5 tahun (tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum) 
  • disahkan oleh pengamal perubatan  
  • boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.  
  • Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu dan vokasional. 
  • Murid bermasalah penglihatan dan pendengaran  boleh mengikuti pendidikan menengah aliran akademik di sekolah menengah yang mempunyai program Pendididkan Khas Integrasi atau  di Sekolah Pendidikan Khas (contoh: SMPK Persekutuan Pulau Pinang  atau SMPK Setapak) 
  • Mereka menduduki Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) kini PT3 seperti murid di arus perdana. Manakala murid bermasalah pembelajaran akan mengikuti Program Khas Integrasi menengah dan penilaian dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah. 
  • Selepas Tingkat 3, mereka diberi peluang untuk membuat pilihan untuk meneruskan pelajaran dalam bidang akademik atau vokasional. Murid bermasalah penglihatan akan menduduki SPM dan seterusnya mengambil STPM bagi yang layak. 
  • Mereka yang memilih aliran akademik boleh meneruskan pelajaran ke sekolah menengah pendidikan khas atau sekolah yang mempunyai program Pendidikan Khas Integrasi.    

2. Program Pendidikan Khas Integrasi 
Program yang disediakan perkhidmatan pendidikan kepada murid-murid pendidikan khas di sekolah-sekolah arus perdana. Program Integrasi ini dikendalikan dan menerima bantuan peruntukan daripada Jabatan Negeri yang menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  • Di bawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) 
  • Untuk murid bermasalah pembelajaran, pendengaran, dan penglihatan.  
  • Untuk memastikan murid khas mendapat pendidikan dalam persekitaran terhadap yang minimum (LRE). 
  • Murid ditempatkan di kelas khas di sekolah harian biasa supaya mereka dapat bergaul dengan murid biasa dan tidak rasa terpinggir. 
  • Program diwujudkan di sekolah harian biasa (rendah, menengah, dan sekolah teknik/vokasional) yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.  
Bilik Resos
Satu tempat yang menyediakan perkhidmatan bagi murid-murid pendidikan khas yang menghadiri

program integrasi. 

3. Program Inklusif (PI) 

Pendidikan Inklusif adalah program bagi menempatkan murid Pendidikan Khas yang telah menguasai
sebahagian atau sebahagian besar mata pelajaran (akademik) ke kelas biasa untuk mengikuti suasana pembelajaran normal.
  •  Mengikut Peraturan Pendidikan 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa. 
  • Peraturan (2) menyebut, PI bermaksud: “…satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa.  
  • Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: “6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa.” 
  • Ditadbir oleh JPN 
  • Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas. 
  • Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996)  
  • Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu. 
  • Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh. 
  • Terdapat 2 jenis PI:  

  1. Inklusif PenuhMurid mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti murid biasa. Senarai nama kekal dalam daftar Pendidikan Khas. Guru kelas biasa boleh rujuk atau minta bantuan daripada guru Pendidikan Khas (guru pendamping) sekiranya terdapat sebarang masalah sama ada dari
    segi pembelajaran atau tingkah laku. Pelajar pendidikan khas yang layak dari segi pencapaian akademik boleh diberi peluang untuk mengambil peperiksaan UPSR/PMR/SPM dsb.
  2. Inklusif Separa/Separuh InklusifMurid mengikuti pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas khas. Senarai nama murid pada daftar Pendidikan Khas. Guru Pendidikan Khas terlibat sebagai pembimbing atau guru pendamping. Mengambil ujian mata pelajaran terlibat sama dengan murid biasa.

4. Program Pemulihan Khas 
  1. Merupakan program yang disediakan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).  
  2. Murid yang telah dikesan dan dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini berada di hampir semua sekolah rendah. Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS).  
  3. Murid disaring dengan menggunakan IPP3M 1 (murid Tahun 1), IPP3M2 (murid Tahun 2), dan IPP3M 3 (murid Tahun 3).  
  4. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (withdrawal)  

5. Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia 

KPM mendefinisikan murid yang mengalami masalah pembelajaran disleksia sebagai murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca, dan menulis. 

Syarat kemasukan ke program ini: 
  • murid telah mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran pada tahun 1 sekurang-kurangnya 6 bulan, - murid telah mengikuti proses pemulihan sama ada pemulihan dalam bilik darjah atau pemulihan khas,
  • keputusan saringan menggunakan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD) menunjukkan murid mengalami kebarangkalian disleksia dan disahkan mengalami kebarangkalian disleksia oleh pengamal perubatan.  
  • Program ini dilaksanakan dengan menggunakan Model Pendidikan Khas Integrasi melalui kelas khas, pendekatan separa inklusif atau pengasingan       

Sunday, 21 February 2016

Dasar-dasar Pendidikan Khas di Malaysia

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta Pelajaran 1961.  Dalam  bahagian  1  (tafsiran)  Akta  ini  dinyatakan  bahawa  sekolah Pendidikan Khas menyediakan layanan pendidikan khas untuk murid-murid yang kurang upaya. Pendidikan Khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar kurang upaya penglihatan dan pendengaran.  


Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui Perakuan 169. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun 1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanak-kanak kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat adalah:

  1. Kementerian Pendidikan – bertanggungjawab memberikan pendidikan khas untuk kanak-kanak bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.
  2. Kementerian Kesihatan – bertanggungjawab mengenal pasti di peringkat awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.
  3. Jabatan Kebajikan Masyarakat (kini Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) bertanggungjawab mewujudkan pendidikan kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik. 

Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan peranan ibu bapa dalam perlaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta kanak-kanak 1989 (Children’s Act, 1989) memperkukuhkan perlaksanaan pendidikan khas melalui dua perubahan yang ditekankan. 

  1. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini ilakukan oleh hanya ahli perubatan dipinda kepada konsep ‘koloboratif’ iaitu diagnosis dilakukan oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan keperluan.  Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas keperluan mengikut pendidikan dan ahli patologi  bahasa membuat penilaian terhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas.  Apa yang jelas akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
  2. Keduanya, konsep ‘pengasingan’ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.  Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari dengan apa yang berlaku di Amerika.  Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.


Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40 and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai ‘era baru’ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat.

Akta ini juga memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas. Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. (41.1). Tertakluk kepada subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan menetapkan:
  1. Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan murid yang menerima pendidikan khas;
  2. Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas;
  3. Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas; dan
  4. Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suai manfaat.
Di Malaysia, pendidikan khas berkembang maju apabila Akta Pendidikan 1996  diwartakan.  Berteraskan kepada PL 94-142,  kesedaran masyarakat  terhadap pendidikan  khas,  peranan  undang-undang  dan  polisi  pemerintah  berjaya menggerakkan program pendidikan khas di negara ini. Melalui pendidikan untuk semua, pendidikan percuma, kelas inklusif, khidmat sokongan daripada pelbagai pihak dan juga penyediaan Rancangan Pengajaran Individu telah memantapkan lagi amalan PL 94-142 dalam sistem pendidikan khas di Malaysia.

Mengikut Akta Pendidikan 1996
Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:  
  • Kanak-kanak Down Syndrom 
  • Kanak-kanak Autistik Ringan 
  • Kanak-kanak kurang keupayaan mental 
  • Kanak-kanak bermasalah emosi 
  • Kanak-kanak bermasalah kesihatan 
  • Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan  
Akta Orang Kurang Upaya 2008 (Akta 685) 
Akta OKU telah diluluskan di Parlimen ( Dewan Negara ) pada 24 Disember 2007 dan telah diwartakan pada 24 Januari 2008 dan dikuatkuasakan pada 7 Julai 2008. Akta OKU ini memberikan pengiktirafan hak OKU dan menukar konsep OKU  daripada konsep kebajikan kepada konsep right-based. Akta ini juga membolehkan OKU mempunyai hak penyamaan peluang dan penyertaan penuh dalam masyarakat setara dengan ahli masyarakat yang lain. Akta ini juga memperuntukan perihal berkaitan pendaftaran, perlindungan, pemulihan, pembangunan dan kesejahteraan OKU.





Sejarah Pendidikan Khas di Luar Negara

Sejarah Pendidikan Khas di luar negara mula mendapat tempat di Amerika apabila Public Law  1975 diperkenalkan. Public Law 92-142 (USA) menyatakan undang-undang mengenai hak kanak-kanak khas untuk  menerima pendidikan dan sekiranya ibu bapa gagal dan ingkar maka tindakan undang-undang boleh dikenakan ke atas mereka. Undang-undang ini merupakan yang paling mempengaruhi bidang pendidikan khas.  Akta ini juga mempunyai kesan yang mendalam dalam amalan penaksiran.  Undang-undang ini telah menekankan 6 prinsip iaitu penyisihan sifar, penilaian tanpa diskriminasi, program pendidikan individu, pesekitaran tidak terhad, proses hak dan penglibatan ibu bapa   Manakala di Britain Warnork Report 1978 merancakkan perkembangan pendidikan khas di luar negara.  Kedua-dua negara tersebut telah mendahului lebih kurang 20 tahun lebih awal daripada Malaysia. Kesannya amat besar dari segi pertumbuhan dan perkembangan serta kemajuan dalam pendidikan khas. 

Sebelum laporan Warnock 1978 dikemukakan konsep pendidikan untuk kanakkanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada ‘pengasingan’ iaitu kanakkanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas, yang menyekat dan menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa.  Laporan ini menekankan kepada konsep percampuran diantara kanak-kanak berkeperluan khas dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai ‘integrasi’ atau ‘inklusif’’diperluaskan. Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan hingga ke hari ini.  Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam melaksanakan pendidikan khas. 

Public Law 94-142 (di Amerika Syarikat) 
(PL 94-142) telah diperkenalkan pada 29 November 1975 setelah diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.  Sebelum ini ianya dikenali sebagai Akta Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat ( Education for All Handicapped Children Act). Pengenalan PL 94-142 adalah bertitik tolak daripada pandangan yang menyatakan bahawa hak kanak-kanak adalah dinafikan apabila mereka  diasingkan  daripada  kanak-kanak  yang  sebaya  dengannya  kerana kemahiran-kemahiran yang lebih tinggi boleh dicapai oleh kanak-kanak khas ini apabila mereka diberi peluang untuk membuat pemerhatian dan juga melibatkan diri dengan kanak-kanak biasa (Odom & McEvoy 1988).

Undang-undang hasil perkembangan pendidikan khas di Amerika Syarikat ini telah dapat menjamin pendidikan percuma kepada setiap individu yang berusia antara 3 hingga 21 tahun. Kanak-kanak yang menghadapi masalah kecacatan akan diberi peluang belajar bersama-sama dengan kanak-kanak   biasa namun kelas khas akan diwujudkan jika kanak-kanak ini tidak mampu belajar seperti kanak-kanak  biasa  yang  lain.   Oleh  itu  ,  guru  Pendidikan  Khas  akan  diperuntukkan  di  setiap  sekolah  bagi  menjaga  hak  kanak-kanak  yang menghadapi masalah ini.


Mandat-mandat Asas PL94-142

Mandat-mandat  asas  PL94-142  telah  diberi  penekanan  pada  tahun  1990, apabila Akta Pendidikan Individu  Kurang Upaya (Individuals with Disabilities Act, Public  Law  94-476)  atau  singkatannya  IDEA  diperkenalkan.  Mandat-mandat tersebut  telah  memberi  penekanan  terhadap:
  1. pendidikan  untuk  semua, 
  2. persekitaran yang paling tidak mengehadkan (least restrictive environment), 
  3. pentaksiran yang  tidak mendiskriminasi,  
  4. penyediaan  khidmat  sokongan  yang berkaitan, 
  5. hak ibu bapa yang membantah (due process) dan 
  6. pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu).



Pendidikan untuk semua 
Pendidikan  untuk  semua  adalah  bermaksud  setiap  individu  berhak  untuk mendapatkan pendidikan tanpa mengira masalah yang mereka hadapi.  Oleh itu, kanak-kanak  berkeperluan  khas  juga  tidak  terkecuali  dan  mereka  layak disediakan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai di dalam kelas atau sekolah khas. Kanak-kanak ini tidak akan dikenakan sebarang bayaran kerana semuanya dibiayai oleh kerajaan Amerika melalui kutipan cukai yang diperolehi   kerajaan. Setiap negeri di Amerika Syarikat telah diminta untuk menyediakan  pendidikan percuma kepada semua kanak-kanak berusia 3 hingga 18  tahun.  Apabila  peruntukan  PL  99-457  diperkenalkan  iaitu  khusus  untuk individu kurang upaya, tumpuan telah diberikan kepada bayi dan kanak-kanak (Jamila 2006). Friend.M (2006), menjelaskan bahawa melalui pendidikan untuk semua, setiap negeri juga telah memperkenalkan  'child find system'  sebagai prosedur untuk menyedarkan masyarakat bahawa perkhidmatan untuk kanakkanak khas telah diwujudkan agar mereka dapat dikesan daripada peringkat awal lagi.

Persekitaran  yang  paling  tidak  mengehadkan  ( least  restrictive environment ) 
Persekitaran yang  paling tidak mengehadkan (  least restrictive environment  ) bermaksud  tidak  ada  pengasingan  sekolah  atau  kelas  dalam  melaksanakan pendidikan bagi individu kurang upaya. Kanak-kanak khas atau individu kurang upaya boleh belajar di dalam sekolah awam biasa dan juga  di dalam kelas kanak-kanak biasa.  Justeru, kanak-kanak ini berhak untuk belajar bersama-sama dengan kanak-kanak yang sebaya dengan mereka melalui program yang efektif. Pendidikan bercorak sebegini dikenali sebagai 'pendidikan inklusif Peruntukan pendidikan secara persekitaran yang paling idak mngehadkan telah membawa kepada pembentukan pendidikan inklusif.  Menurut Jamila (2006), falsafah  pendidikan  uinkulusif  diperkembangkan  daripada  amalan  pendidikan integrasi, dengan matlamat bagi memastikan murid-murid khas mendapat akses pendidikan yang sama dengan kanak-kanak biasa.  Persoalan tentang program inklusif ini bermula di United Kingdom pada tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting pada awal tahun 1997, hasil pengaruh dua laporan penting yang ditulis oleh Audit Commission dan Her Majesty's Inspectorate of Education yang berkaitan  dengan  bagaimana  kanak-kanak  khas  dapat  diberi  pendidikan berasaskan dana yang adil terhadap semua.


Pentaksiran yang tidak mendiskriminasi
Kanak-kanak  khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi dalam penilaian pendidikan.  Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara.   Namun  dengan  terlaksananya  undang-undang  ini,  penilaian  ke  atas kanak-kanak khas hendaklah diambil kira ciri-ciri yang pada kanak-kanak khas dan  hendaklah  disesuaikan  dengan  kecacatan  atau  kekurangan  mereka. (Yusuf,etal, 2006). Pada peringkat awal penempatan kanak-kanak khas ini, pihak sekolah harus menilai kebolehan kanak-kanak ini melalui penglibatan  Multidisciplinary Team (MDT) yang terdiri daripada pihak pentadbir, guru, pakar perubatan dan pihakpihak  lain   untuk  memastikan  bahawa  kanak-kanak tersebut  memerlukan penempatan di kelas khas tersebut. Seterusnya tahap kebolehan kanak-kanak tersebut  tersebut  akan  dinilai  dan satu  perancangan  pengajaran  dan bentuk penilaian yang bersesuaian akan dilakukan oleh MDT  tersebut. (Yell,M.L 2006).
Penilaian dan pentaksiran seharusnya dilakukan dengan menggunakan bahasa ibunda kanak-kanak tersebut, bersesuaian dengan umur dan tingkahlaku kanak-kanak  tersebut,  lebih  daripada  satu  penilaian  dilakukan  untuk  sesuatu ketidakupayaan  dan  dilakukan  secara  menyeluruh  dalam  katogeri keyidakupayaan kanak-kanak tersebut. (Yell,M.L 2006)


Penyediaan khidmat sokongan yang berkaitan

Ibu bapa adalah merupakan khidmat  sokongan yang  terpenting bagi kanakkanak  khas.  Mereka  memainkan  peranan  penting  dalam  merancang  dan menentukan perkembangan pendidikan setiap kanak-kanak khas. Peranan ini adalah  bertujuan  agar  ibu  bapa  dapat  bersama-sama  mengetahui  setiap maklumat  dan  membolehkan  mereka  membuat  keputsan  bersama  tentang penilaian  dan  perancangan  yang  akan  dilakukan  oleh  guru  terhadap  anak mereka. Khidmat sokongan yang pelbagai seperti MDT (Multidisciplinary Team) adalah diberi penekanan dalam PL 94-142 ini.


Hak ibu bapa yang membantah (due process)

Hubungan yang diwujudkan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dan para profesional akan membentuk hak untuk bersuara. Menurut PL 94-142, maklumat mengenai  keyidakupayaan  seseorang  individu  adah  sulit.  Maklumat  ini  tidak akan dikongsi dengan orang yang  tidak berkaitan dalam bidang ini.  Rekod tentang individu yang melihat maklumat ini haruslah disimpan.  Namun , ibu bapa mempunyai  hak  untuk  melihat  semua  maklumat  berkenaan  dan  boleh membantah jika maklumat tersebut tidak tepat. Rekod yang tidak dikehendaki, perlulah dimusnah. Ibu bapa juga perlu dipanggil untuk menghadiri perjumpaan yang melibatkan anak mereka.  Jika ibu bapa dan pihak sekolah tidak bersetuju dengan apa yang telah dilakukan terhadap kanak-kanak khas ini, mereka boleh membantah dan berbincang  terutama  bagaimana  mereka  boleh  terlibat  sama  dalam mengendalikan anak-anak mereka di sekolah (Friend,M 2006).

Pendidikan yang sesuai (Rancangan Pendidikan Individu)
Kanak-kanak khas seharusnya mempunyai program individunya sendiri. Dalam program tersebut perlu dimasukkan perancangan dan matlamat yang hendak dicapai  oleh  kanak-kanak  tersebut.  (Kauffman  dan  Hallahan,  2005). Oleh itu,sejarah dan perkembangan Rancangan Pendidikan Individu atau RPI bermula di  Amerika  Syarikat  apabila  PL  94-142  digubal  menjadi  satu  akta  yang dikuatkuasa  dari  segi  perundangan.  Seterusnya  RPI  menjadi  panduan  di beberapa  buah  negara  termasuk  di  negara  kita  dan  dijadikan  sebahagian daripada  cara  untuk  menilai  murid-murid  berkeperluan  khas. 

Dalam melaksanakan  program  RPI  yang  disediakan  untuk  murid-murid  khas,  maka seharusnya ia mesti mempunyai sekurang-kurangnya lapan komponen seperti yang tercatat di dalam PL 94-142 (Strickland & Turnbull 1990) seperti berikut:
  1. Tahap pencapaian pendidikan murid yang terkini.
  2. Matlamat tahunan atau pencapaian yang diharapkan pada akhir tahun.
  3. Objektif  jangka  pendek  dinyatakan  dalam  bentuk  pembelajaran mengikut  langkah-langkah  berurutan  hingga  membawa  kepada penguasaan matlamat tahunan.
  4. Jenis pendidikan khas yang perlu disediakan untuk murid.
  5. Jenis perkhidmatan berkaitan (jika perlu) yang akan disediakan untuk murid.
  6. Jangka masa murid akan terlibat di dalam program aliran biasa.
  7. Ketetapan  tarikh  memulakan  perkhidmatan  dan  jangka  masa perkhidmatan. 

Kriteria  penilaian  objektif  yang  bersesuaian,  prosedur  penilaian,  dan  jadual menentukan  pencapaian  dan  penguasaan  objektif  jangka  pendek  diadakan sekurang-kurangnya  setahun  sekali.RPI  yang  diperkenalkan  ini  dapat dimanfaatkan bersama di kalangan guru-guru khas dan seterusnya digunakan bukan sahaja untuk murid-murid yang dikenalpasti berkeperluan khas tetapi juga untuk murid-murid normal yang disyaki mempunyai keperluan khas dan belum dikenalpasti keperluannya (Mohd Siraj, 1995). 

Rangka Tindakan Samalanca
Negara-negara di dunia termasuk di Asia telah memulakan Program Pendidikan Khas yang bertitik tolak daripada saranan dan gesaan beberapa deklarasi di peringkat  antarabangsa.   Di  antara  deklarasi  yang  menjadi  dasar  kepada pendidikan    khas di Malaysia  adalah The Framework for Action on Special Needs Education (Salamanca Statement) 1994. Rangka Tindakan Salamanca yang diperkenalkan pada tahun 1994 memberi tumpuan kepada dasar, polisi dan amalan pendidikan untuk kanak-kanak dan orang  berkeperluan  khas  .  Rangka  Tindakan  Salamanca  ini  memperakukan tentang hak dan peluang kanak-kanak berkeperluan khas untuk mendapatkan pendidikan serta mempunyai peluang untuk mencapai dan mengekalkan tahap pembelajaran yang diterima. Oleh kerana kanak-kanak berkeperluan khas juga mempunyai  kebolehan,  minat,kemampuan  dan  keperluan  pembelajaran,  satu sistem pengajaran dan pembelajaran perlu direka untuk memenuhi keperluan individu kanak-kanak tersebut dengan melaksanakan aktiviti pendidikan yang bersesuaian dengan perbezaan minat individu.

Selain  itu,  program  pendidikan  untuk  murid  berkeperluan  khas  perlu diimplementasi  supaya  sesuai  dengan  sistem  pendidikan  negara.  Rangka Tindakan  Salamanca  juga  memperakukan  bahawa  kanak-kanak  khas mempunyai hak untuk memasuki sekolah biasa melalui amalan inklusif.  Negaranegara yang bersidang di Salamanca disarankan supaya memberi keutamaan terhadap  polisi  dan  peruntukan  kewangan  agar  sistem  pendidikan  dapat  diperbaiki bagi membolehkan kanak-kanak berkeperluan khas diserapkan dalam sistem  pendidikan  tanpa  mengira  perbezaan  individu  dan  masalah ketidakupayaan mereka.  Kerajaan setiap negara juga digesa supaya mewujud dan mengukuhkan mekanisme merancang, memantau dan menilai pendidikan yang  disediakan  untuk  kanak-kanak  khas.  Ekoran  daripada  persidangan  ini, kementerian  Pelajaran  Malaysia  telah  mengabil  inisiatif  memperkenalkan pendidikan inklusif di Malaysia pada tahun 1995 walaupun amalan inklusif telah lama  dilaksanakan  di  Malaysia  melalui  rancangan  pendidikan  integrasi  atau percantuman ((Norshidah,etal 2009)

Saturday, 20 February 2016

Daftar Istilah Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

  • Dalam Bahasa Ingerís istilah ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ dinamakan ‘children with exceptional needs’ atau secara ringkas ‘exceptional children’.
  • Orang Kurang Upaya. Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuk mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan memberi kesan ke atas mereka apabila berada dalam masyarakat”.
  • Kanak-kanak istimewa adalah sebahagian daripada mereka yang tergolong dalam kumpulan orang kurang  upaya (OKU), iaitu seseorang yang tidak berupaya menentukan sendiri bagi memperoleh sepenuhnya, atau sebahagian daripada keperluan biasa seseorang individu, dan tidak dapat hidup bermasyarakat sama ada dari segi fizikal, atau mental, dan berlaku sama ada sejak dilahirkan, ataupun sesudah itu.
  • Kanak-kanak luar biasa (exceptional   children) - Kanak-kanak yang berbeza daripada kanak-kanak biasa; merangkumi mereka yang mengalami kesukaran dalam pembelajaran dan juga mereka yang menunjukkan pencapaian yang tinggi daripada kanak-kanak biasa. 
  • Kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities) - Kekurangan atau kehilangan fungsi anggota badan atau organ sering digunakan secara sinonim dgn mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau ketidaksempurnaan.   Ketidakupayaan ini menghalang dan menghadkan keupayaan mereka dalam melaksanakan tugas-tugas yang dapat dilakukan oleh orang biasa. 
  • Kanak-kanak yang mengalami kecacatan (handicapped Children) - Masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai ketidakupayaan atau kecacatan ketika berinteraksi dengan dengan persekitaran. 
  • Kanak-kanak berisiko (at risk children) - Mereka tidak mengalami kecacatan tetapi dianggap mempunyai kemungkinan yang besar mengalami sesuatu kecacatan. Mereka menghadapi masalah dalam kelas biasa dan berisiko untuk menjadi cacat.     

  • Pelbagai istilah telah digunakan untuk merujuk kepada ‘kanak-kanak berkeperluan khas’:
  1. kanak-kanak istimewa (special children),
  2. kanak-kanak luar biasa,(exceptional children)
  3. kanak-kanak kurang upaya (children with disabilities)
  4. kanak-kanak cacat (handicapped children),
  5. kanak-kanak abnormal (abnormal children),
  6. kanak-kanak bermasalah (children with impairments) dan
  7. kanak-kanak terbantut pertumbuhan atau perkembangan (retarted children)

Kefahaman Mengenai Pendidikan Awal Kanak-Kanak


  • Pendidikan awal kanak-kanak merujuk kepada program dan persekitaran yang disediakan untuk kanak-kanak yang berumur dari lahir hingga lapan tahun.
  • Pendidikan pada peringkat umur ini biasanya berbentuk menyeluruh, memberi fokus kepada pendidikan intelek, rohani, emosi, sosial dan jasmani.
  • Perkembangan kanak-kanak dipengaruhi oleh peningkatan umur, tahap kematangan dan pengalaman individu.
  • Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza walaupun mempunyai usia yang sama disebabkan oleh tahap kematangan yang berbeza dan mempunyai pengalaman dan  peluang yang berbeza.
  • Guru-guru perlu mengetahui tahap-tahap perkembangan kanak-kanak supaya dapat menjalankan pengajaran dan penilaian dengan lebih sistematik mengikut tahap umur mereka.
  • Pengetahuan guru berkaitan dengan milestone perkembangan kanak-kanak dapat membantu guru dalam mengenal pasti kanak-kanak yang berkeperluan khas berdasarkan kepada tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak.
  • Aspek perkembangan yang perlu diberi perhatian adalah:
  • Perkembangan fizikal
  • Perkembangan sosio-emosi
  • Perkembangan kognitif
  • Perkembangan bahasa