
Assalamualaikum dan selamat sejahtera pelajar-pelajar,
Hari ini mari kita buat sedikit ulangkaji mengenai kefahaman anda mengenai SPK, PPKI dan PPI...
Soalan:
Mengikut buku 'Kod Amalan Pendidikan MBK, 2014'
- Berikan tafsiran SPK, PPKI dan PPI?
- Apakah perbezaan PPI separa dan PPI penuh?
SPK
(mengikut akta pendidikan 1996) mentafsirkan SPK sebagai sekolah yang menyediakan pendidikan khas bagi MBK pada semua peringkat persekolahan. SPK dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) KPM.
Dapatkan data pendidikan khas mengenai bilangan SPK di Malaysia sehingga tahun 2014 daripada link di bawah:
PPKI
Program Pendidikan Khas Integrasi ialah satu program pendidikan
khas yang khusus untuk MBK yang belajar di dalam kelas
pendidikan khas secara integrasi di sekolah kerajaan atau di
sekolah bantuan kerajaan (arus perdana). Program ini dikendalikan dan menerima bantuan peruntukan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang menjadi pusat Tanggungjawab (PTJ).
Bagaimanakah prosedur melaksanakan PPKI? Sila rujuk link di bawah ini:
PPI
“Program Pendidikan Inklusif” mengikut penyataan dalam 'Peraturan-peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 2013' ertinya suatu program
pendidikan bagi murid berkeperluan pendidikan khas
yang dihadiri oleh murid berkeperluan khas bersamasama
dengan murid lain dalam kelas yang sama
di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
Apakah perbezaan PPI separa dan PPI penuh? Sila rujuk link di bawah ini:
Bagaimakah prosedur melaksanakan PPI? Sila rujuk link di bawah ini:
No comments:
Post a Comment